Followers

NumBer BerDaFtaR

Monday, January 31, 2011

!!!_DoA ELaK SiHiR & SanTAu_!!!

SanTau..!!!!!... dengar Sahaja topik Ini mEsti korg SemuA tahu kAn benDa2 yang berkAitan ngan Santau ni... Biar aku 'Explain' Sikit Bagi Yang BAru tahu..SaNtau ni Sbnarnya ilmu Hitam yg diamalKan bagi tuJuan unTuk Meracun,memBunuh, atau MeLumpuHkan Musuh.. SanTau tErBaHagi kePaDa 2 Jenis:

1. SanTau FiZiKaL
Santau ini Paling popUlar dlm Kalangan Orang mELayu SekaRang...CarA ini Orang BiaSanya Akan mEraCun Minuman atau MiNUman kita...AnTara Bahan yg Diletak ialah Miang bULuh,kaca.SerBUk ipoh,Dan Bisa BeSi..Bila baHAn2 ni maSuk peRut, kita Akan MunTah DarAh,piTam, pgSan Dan MENINGGAL DUNIA...

2. SaNtau Angin
CaRa ini DikatakAn leBih mIstik..CaRa ni mggunAkan aYAt2 JAmPI yg DihEmbUskan ke arah Musuh..

SanTau ni SanGat BahaYa kAn? bAgi Aku mmg pun... Dikatakan penGaMaL ilmu Santau ni SukaR Atau tiADa ZuRiat pn DisEbabKan BiSa SanTau itu Sndri bOLeh buNuh ZuRIat yg DikanDung iSteRi..

TanDA2 kenA SANTau:
  • Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  • Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  • Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
  • Lenguh seluruh anggota badan.
  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
keSan2 SanTAu:
  • Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
  • Hilang daya ingatan.
  • Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
  • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
  • Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan
  • Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
  • Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
  • Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.
BiLa aDe TaNDa2 n KEsAn2 MeStilah Ade CARA MENCEGAH kan...ye Dok... AnTaRa CaRa2 Aku boLEh aKu SYoRkan SEPeRti DI bAWah ye...:

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ", ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود )

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

SUmBeR Doa:Zaharuddin.net

P/S: LePas baca ni janganlah Dok FikiR BenDa ni tak Akan terJadi paDa kita, cuma kita AmbiLLah lgKAh bErjaGa2 utk keSeJahterAan hiDup kita ye..SeLamat BERaMAL..^_~

3 comments:

fatin said...

rjinnya upd8... huhuhu!
btw, nice post!! ^^

farid said...

hehehe...thnx...bese2 je pn...

ran said...

bgus2..