Followers

NumBer BerDaFtaR

Saturday, August 13, 2011

LaRian Marathon ke SUKARELAWAN marathon??


   
 Salam Ramadhan kali ini buat semua .. harap2 anda semua sihat2 belaka ye… Pada bulan ramadhan ini harap anda semua tak ponteng puasa .. memandangkan aku tidak bergiat aktif spanjang bulan puasa ini, aku bercadang utk menconteng blog aku yg telah sekian lama berhabuk.. bukan aku tak nak jenguk,al-maklumlah  aku bz dah macam ala2 Menteri Kewangan..tapi poket satu sen pun takde..haha.. baiklah tanpa bnyk meroyan lagi aku nk tulis pasal tajuk aku tu..

    Larian kepada Sukarelawan? Mesti  korang semua pelik an..Ceritanya semua bermula pada 25 Julai 2011 pada pukul  10.00malam. Aku telah menyertai satu event yang mana dinamakan STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2011..mungkin ada yg tertanya2 mengapa Tajuk dia berbunyi sperti di atas kan? Sebabnya ialah pada tahun2 sebelum ni aku join event ini Sebagai RUNNER atau dikenali sebgai PELARI atau PESERTA LARIAN..tetapi berlainan pula pada tahun ini yg mana aku join sebgai SUKARELAWAN utk event ini.. 


    Aku tak join sebgai PELARI tahun ini sebab aku nak rasa macam mana sbnarnya SCKLM punya ‘behind the scene’.. Ternyata Feels dia sangat berbeza..Jika aku jadi PELARI, aku harus bangun pagi dalam pukul 3.30 pagi dan berkumpul dan bas akan bergerak pada pukul 4 pagi dari destinasi SHAH ALAM ke KL. Bas akan tiba jam 4 lebih.bg PELARI 42KM iaitu FULL MARATHON selalunya mereka akan START lari pkul 5.00 pagi..Setakat ini aku tak pernah join FULL lagi.Aku Cuma join HALF MARATHON 21KM yg mula lari dalam jam 6.15pg.Join event ini paling kurang kena bayar RM40++..anda akan dapat T-SHIRT,GOODIES BAG & SiJiL. ..Jika anda dpt habiskan larian,anda akan dpt MEDAL..

    Bagi SUKARELAWAN..sperti yg dikatakan..pada jam 10mlm 25 JULAI iaitu malam seblum acara larian berlangsung,korang kena dftr di stadium mini tertutup BUKIT JALIL..korang dpt TUGASAN, T-SHIRT,GOODIES BAG,SIJIL..dan JUGA ELAUN RM40 utk sehari... setiap tugasan dilakukan dlm GROUP.. Setiap group ada 10 org..TUGASAN ada mcm2 contohnya WATER STATION(WS),MARSHALL dan lain2..aku dpt tugasan WS bahagian larian 5Km..Sebelum Berlepas ke tmpat kjadian semua group diberi penjelasan tentang kerja serta tmpat bertugas..

    Pada jam 2.00pg,semua  group telah dihantar oleh BAS RAPID ke kawasan masing2..Mesti pelik kan ada bas pukul 2pg.? sbenarnya Event ini telah menyewa BAS RAPID sebanyak 20 buah bas..Bas2 ini yg akan hantar pergi dan pulg Sukarelawan2 dari bkt jalil ke tmpat bertugas masing2..tugas group aku cukup mudah dan cukup sekejap..KERJA WS ialah siapkan meja minuman,sediakan minuman air 100 PLUS dan mineral,PISANG serta SPAN BERENDAM AIR..tapi WS aku Cuma perlu sediakan minuman air mineral shaja..disebabkan LARIAN yg mana kawasan group aku jaga START LARI jam 7.00pg.. group aku hanya lepak sahaja dari jam 2.00pg hingga 6.00pg di kawasan kerja masing2..pukul 6 lebih baru kami mulakan kerja..sebaik sahaja larian 5Km yg mula pada pkul 7.00pg berlangsung..Kami tak henti2 tuang air minuman sepnjang mereka lari..Alhamdulillah kerja group aku habis dalam jam 8..Group WS 42Km start paling awal dan habis paling lmbat..haha.. kiranya kerja aku bersih Cuma lbh kurg 2 jam sahaja..TETAPI tetap DIBAYAR RM40..!!..hehehe

    Setelah habis kerja pada pkul 8.00pagi,group aku pulang ke BUKIT JALIL semula utk menerima bayaran serta air2 minuman free..(MINERAL dan 100PLUS je pun)..haha.lepas tu aku lepak2 dan berbual2 dgn kawan2 melayu serta cina yg baru kenal sambil bertukar2 nombor telefon serta Facebook..haha...pada jam 11 pg aku pun pulang dgn senyuman terukir di wajah..^_~
 BaS RAPID SCKLM 2011..

KaWAsan WS GRoup Aku pukul 3pagi

BoSan  beTuL..!!

 CUP2 yg Disediakan utk PELARI..
 LORI DBKL yg BERisi KOTAK2 MINERAL
 MeJa yg SEPARUH SiAP..

DEWAN utk SUKARELAWAN b'KUMPUL

SANTAi BerSama VoLUNTEER

KaUnter Utk Pertanyaan serta PENERIMAAN ELAUN

 Isi BORaNG utk JOIN tahun DEPAN..Semangat..!!!
BauCer2 Dalam goodies bag~

MineRal,100+,biskut YoGood..


CROWDED sukarelawan di DEWAN..


Friday, June 17, 2011

Dean List pemangkin SEMANGAT...



Sejak Aku sibuk dengan projek micro-P time study week pada hujung bulan april yang lepas, aku tidak sentuh pun Blog aku ini..Bukan apa, aku rasa diriku perlu ruang untuk mencipta sesuatu kejayaan yang Sukar diungkapkan.. Dan tarikh 17 Jun ini telah membuktikan aku telah berjaya mencipta sesuatu kejayaan...

Apa yang aku cuba sampaikan ialah mengenai result Exam aku... semua orang ada kenangan pahit dan manis dalam mendapat result exam... sebagai seorang pelajar Universiti yang sedang mengambil ijazah sarjana muda...aku rasa inilah result aku yang paling excellent sepanjang karier aku belajar di Universiti ini... aku membuat anjakan paradigma yang agak hebat buat diri aku..



Biarpun aku tidak mendapat DEAN LIST(DL) seperti semua orang idamkan...tetapi  aku telah melonjakkan pointer aku sebanyak 1.13.. biarpun target aku untuk mendapat DL tidak kesampaian..tetapi aku tetap bersyukur dengan result yang ada sekarang.... result aku yang selama ini WAJIB ada Satu subjek GAGAL..kini sudah tiada lagi kelihatan perkataan itu pada result aku.. sebelum ini aku paling teruk pernah dapat Grade E.. second teruk sebelum F.. Siapa yang tak sakit jiwa atau sedih apabila result korang sendiri ada huruf2 seperti D,E Mahupun F bukan?? kini semuanya dah berubah.. yang ada pada result aku cuma A dan B...



Dalam kejayaan kali ini...aku sangat2 berterima kasih kepada kawan2 aku terutama klasmate2 aku yang tidak pernah putus memberi semangat untuk aku mendaki sehingga ke tahap ini... tidak lupa pada kawan2 U yang lain serta family aku yang tidak pernah abaikan aku...aku tidak akan lupa semua yang telah menolong menjayakan kejayaan aku kali ini...terima kasih semua..~

Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya.. bagi yang tidak..~ ingatlah... di mana anda berada.. Jika semangat itu ada pada anda untuk berjaya, anda pasti berjaya.. jangan sia2kan peluang belajar yang mana bukan semua orang memilikinya...Hargailah diri anda..Anda mampu mengubahnya...


Friday, April 8, 2011

ViDeO JaPan of BiRthDaY PaRty

 

Sedang aku tengah syok2 main game kat laptop..tiba2 datang seorang lelaki berbaju hitam ke bilik aku.. rupa2nya klasmate aku bernama ILYAS... Dia ajak aku buat shooting video JEpun untuk subjek ketiga yang mereka ambil semester ini... aku mula2 macam malas je nak pergi.. fikirkan mereka klasmte aku tak baik pula biarkan je macam itu... tuGas aku di set penggambaran tu cuma jadi cameraman sahaja..haha

actually mereka ada buat scene berkaitan dengan birthday party...so mereka bawaklah juga keropok2,air,belon dan yang paling penting kek birthday...klasmate2 aku yang terlibat dalam video ni ialah ALANIAH(ala),SYAHIDA(un).AMIRA(mira),ROSA(kak ros) dan ILYAS...

Ini merupakan set atau scene teakhir mereka..so mereka buat di padang dataran shah alam berdekatan dengan MASJID SHAH ALAM dan HoTEL BLUEWAVE..(siapa duduk shah alam konfirm tahu)...
ceritanya begini...ala jadi 'boyfriend' ilyas... then mereka berdating dengan makan aiskrim sekali..bukan calang2 aiskrim yang mereka berdua makan...aiskrim CONNETTO yang mereka makan..aku dan yang lain makan CELERO SHOT je..scene mereka dating tu aku rakam dengan gayanya..haha

scene seterusnya pula aku shoot birthday party ala...yang mana kawan2 ala iaitu ilyas,un,mira,kak ros buat birthday party surprise untuk ala....mereka pun bergembira2.. sambil makan2 makanan yg dibawa...maka tamatlah scene mereka untuk video jepun..tinggal nak edit je sekarang.. habis sahaja shooting..aku pun join makan sekali kek birthday dan makanan2 tu..fuh..makan free...thanks to un,mira,ala,kak ros n ilyas for the meal..haha....

 ilyas,mira,un,ala,kak ros...




Sunday, April 3, 2011

DuNia ELecTRoNik di JaLan PaSaR

\

2 minggu sahaja lagi Projek MicroProcessor aku perlu dihantar...Group aku baru nak terhegeh2 mencari barang2 untuk siapkan projek tersebut.. 2 april aku dan klasmate aku berENAM naik kereta ke JALAN PASAR.. korang tahu tak apa itu JALAN PaSaR?? JaLan paSar itu merupaKan Dunia elektronik bagi Semua Orang...sebab apa dipanggil begitu??? sebab di situ terletaknya kedai2 Yang menjual alat2 serta KOmPoNen2 Elektronik untuk sesiapa sahaja Mahu Membuat projek guna Komponen elektronik..

LokaSi??? JaLan PaSar ini terletak berdekatan dengan TiMeS SQuaRe di KuALa LumPuR... tidaklah dekat mana..cuma dalam 2-3 Km dari times Square..Di JaLan PaSar MeMang MoStly semua Kedai elektronik... kedai Makan dan Bank pun cuma beberapa Ketul je yang ada...Kami telah pergi ke sebuah kedai yang diSyorkan oleh klasmate kami yang lain... Kami Listkan semua Komponen2 yang kami perlukan dan kedai itu carikan untuk kami...senang kerja kami..  Setelah habiskan masa di kedai elektronik tersebut.. kami pun berlegar2 lagi di sekitar jalan pasar itu.. 

Ternyata memang semua barang2 yang berkaitan dengan elektronik semuanya murah2..Daripada Bateri hinggalah ke bapak bateri..semuanya murah... Ada yang jual helikopter dan kereta 'control'...Seronok lihat demonstrasi yang mereka lakukan.. tetapi yang peliknya kat situ pun ada jual ubat tumbuh rambut dan misai...dan juga ubat tenaga batin...!!! yang lagi menghairankan 'packaging' ubat atau minyak tenaga batin itu merupakan perempuan bogel...Memang Patutlah dinamakan JaLan pAsar pun..semua benda ada..haha.. Kebanyakan populasi di situ adalah Indon dan Cina...So berhati2lah jika mahu kE sana... Bagi yang Mahu Membuat pRojek yang selalunya berkaitan dengan projEk miCroPRoCessOr..inilah tempatnya...Selamat melawat...^_~

KeDai yang Kami Beli Barang2 untuk ProJEk Kami..

 Rak yang Ada pelbagai TRANSISTOR dan RESISTOR...
MaCam2 KompoNen aDa...
 Fuh....MaSyuk....!!
 WaYaR2 yang DiJUaL..

Pelbagai jenis SuiS

MULTImeter,VOLTmeter,AMmeter

Atoi mencAri Ilham dalam Pemilihan Wayar...

Packaging Hijau itu ialah Alat pemateri..!!

Komponen2 yang Dicari..

 Komponen2 yg dibeli untuk Group aku
ini merupakan packet2 yg "instant" jika Mahu buat litar.. 

 Atoi cari TOOLBOX...
 Antara TOOLBOX yang menarik..
 Membuat Kiraan BiL...

Kelasmate2 aku sedang berbincang..

 Kelasmate2 aku bergambar depan keDai MAPLIN...

 KeDai Yang jual COvEr2 HandSet

 AntaRa PaPaRan SuaSana...
 JaLAn PaSar MEMang SESAk..!!!



Monday, March 21, 2011

Hot BaLLooN FeStiVaL



Siapa tak seronok kalau dapat naik belon panas atau lebih dikenali sebagai 'hot air balloon'...  Pada 17-20 mac 2011 yang lepas, satu pesta belon panas telah diadakan di persint 2,Putrajaya... pesta ini merupakan kali ketiga diadakan di Malaysia... Sukar dibayangkan keadaaan di situ..begitu sesak dan ramainya orang berpusu2 ke pesta tersebut... keadaan trafik yg begitu perlahan...  memang meriah betul beb..!! Aku dan kawan2 aku tiba dengan keadaan sangat mnyeronokkan..excited sangat...biasalahkan orang pertama kali pergi mesti ada rasa teruja sikit... 

Di situ bukan sahaja ada belon panas sahaja...tetapi...banyak lagi permainan ditawarkan serta banyak booth2 dibuka di situ bagi memeriahkan keadaan lagi.. Antara permainan yg ada disitu ialah wall climbing, Rolling ball, Kayuh kapal.... bak kata orang, siapa tak datang agak merugikanlah..!! Aku yang tiada Camera DSLR terpaksa guna camera biasa untuk gambar... aku bercadang nak beli camera DSLR satu hari nanti...bila dah ada barulah puas hati untuk tgkp gambar banyak2...bagi yang tak datang jangan risau...pesta ini diadakan setiap tahun....bagi sesiapa yg tak berpeluang pergi tu dan nak sangat pergi ..pastikan anda rancang untuk pergi tahun depan...kerana anda pasti tidak menyesal untuk ke pesta yang besar sebegini...^_~












MOuntain Dew Promosi JEnama mereka dengan Mengadakan aktiviti2, minuman percuma dan jualan minuman tin murah....
 WaLL CLimBinG yang Menyeronokkan...
 kaPaL untuk dinaiki...BaYaR untuk dinaiki...
 Pengunjung2 Lepak Di kawasan Rumput...