Followers

NumBer BerDaFtaR

Friday, June 17, 2011

Dean List pemangkin SEMANGAT...



Sejak Aku sibuk dengan projek micro-P time study week pada hujung bulan april yang lepas, aku tidak sentuh pun Blog aku ini..Bukan apa, aku rasa diriku perlu ruang untuk mencipta sesuatu kejayaan yang Sukar diungkapkan.. Dan tarikh 17 Jun ini telah membuktikan aku telah berjaya mencipta sesuatu kejayaan...

Apa yang aku cuba sampaikan ialah mengenai result Exam aku... semua orang ada kenangan pahit dan manis dalam mendapat result exam... sebagai seorang pelajar Universiti yang sedang mengambil ijazah sarjana muda...aku rasa inilah result aku yang paling excellent sepanjang karier aku belajar di Universiti ini... aku membuat anjakan paradigma yang agak hebat buat diri aku..



Biarpun aku tidak mendapat DEAN LIST(DL) seperti semua orang idamkan...tetapi  aku telah melonjakkan pointer aku sebanyak 1.13.. biarpun target aku untuk mendapat DL tidak kesampaian..tetapi aku tetap bersyukur dengan result yang ada sekarang.... result aku yang selama ini WAJIB ada Satu subjek GAGAL..kini sudah tiada lagi kelihatan perkataan itu pada result aku.. sebelum ini aku paling teruk pernah dapat Grade E.. second teruk sebelum F.. Siapa yang tak sakit jiwa atau sedih apabila result korang sendiri ada huruf2 seperti D,E Mahupun F bukan?? kini semuanya dah berubah.. yang ada pada result aku cuma A dan B...



Dalam kejayaan kali ini...aku sangat2 berterima kasih kepada kawan2 aku terutama klasmate2 aku yang tidak pernah putus memberi semangat untuk aku mendaki sehingga ke tahap ini... tidak lupa pada kawan2 U yang lain serta family aku yang tidak pernah abaikan aku...aku tidak akan lupa semua yang telah menolong menjayakan kejayaan aku kali ini...terima kasih semua..~

Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya.. bagi yang tidak..~ ingatlah... di mana anda berada.. Jika semangat itu ada pada anda untuk berjaya, anda pasti berjaya.. jangan sia2kan peluang belajar yang mana bukan semua orang memilikinya...Hargailah diri anda..Anda mampu mengubahnya...